Powered By Blogger

Saturday 28 December 2013

Exhibition and perfomance night



Ini adalah pelajar ukur bangunan tahun 1 semasa hari pameran hari itu. Kami semua telah bertungkus lumus untuk menyiapkan tapak pameran kami. Hasil kerja kami dalam RUS 104 telah dipamerkan semasa hari pameran. Walaupun pelbagai halangan terpaksa kami hadapi, tetapi kami berjaya menyiapkan tapak pameran ini dengan jayanya atas bimbingan dan nasihat oleh Dr Azree.



Kami adalah kerajaan pagaruyung yang telah hilang ditelan zaman.

Sesungguhnya, malam persembahan ini adalah yang terbaik kerana saya melihat semua pelajat tahun pertama RUS 104 cuba sebaik mungkin dalam usaha untuk menonjolkan bakat tersembunyi yang kami ada. Pelajar ukur bangunan sendiri telah mengadakan persembahan tarian inang. Apabila dilihat kembali ulang tayang persembahan kami, ia tersangat kelakar dan lucu. Dan yang paling penting perkara ini akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.




Ini adalah semua pelajar ukur bangunan tahun satu yang terlibat dalam malam persembahan tersebut. Gambar ini diambil sejurus acara dalam malam persembahan tersebut selesai. Kami semua berasa bangga dan gembira kerana dapat buat persembahan yang menarik walaupun kami tertawa selepas melihat ulang tayang persembahan tersebut. Persembahan kami adalah gabungan tarian inang dan sketsa yang bersangkut paut dengan kerajaan pagaruyung.

No comments:

Post a Comment